Home » Citra Yadim » Bicara Ulama Ahli Sunnah Wa Al Jamaah sempena Festival Sunnah 4.0

Bicara Ulama Ahli Sunnah Wa Al Jamaah sempena Festival Sunnah 4.0

ALOR SETAR – Memahami tentang kepentingan Penghayatan Aqidah Ahli Sunnah Wa Al Jamaah dalam kehidupan masyarakat Muslim khususnya di negeri ini, YADIM Kedah bekerjasama dengan Jabatan Mufti Kedah dan rakan rakan Pertubuhan bukan Kerajaan Islam bagi mengadakan program Bicara Ulamak Ahli Sunnah Wa Al Jamaah sempena Festival Sunnah 4.0.

Hadir memberikan ucaptama dan merasmikan program pada 22 Oktober ini
ialah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Sahibus Samahah Dato’ Haji Fadhil Hajj Awang.

Hadir sama dan menyampaikan ucapan ialah Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Tidak ketinggalan ialah ahli Jawatankuasa Fatwa, Syeikh Aminuddin Abd Rahim, Pengerusi Muafakat Pondok SeMalaysia, Ust Ahmad Marzuki Yusof, Ulamak dari Yaman, Habib Muhammad Al Idrus, Habib Dr Alwi Shihab, Mudir Zawiyah An Nasiriah, Syeikh Muhammad Nazrul Nasir, Ustaz Muhammad Shahadan, Ustaz Abu Khair dan Imam Muda Azhar.

Bicara Ulamak selama 5 jam ini telah dihadiri lebih daripada 3,000 peserta seluruh negara dan merupakan sebahagian dari aktiviti program Festival Sunnah 4.0 yang berlangsung selama 3 hari bermula 20 hingga 22 Oktober di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *