Home » Citra Yadim » Cuci Cuci Tadika KEMAS Al Wafiq

Cuci Cuci Tadika KEMAS Al Wafiq

KUALA SELANGOR – Pasca kejadian banjir menyaksikan mangsa bertungkus lumus membersihkan kediaman masing masing.

Pada masa yang sama terdapat juga keperluan untuk membersihkan kemudahan awam seperti rumah ibadat, sekolah dan sebagainya.

Mengambil tanggungjawab ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor pada 25 Disember telah mengambil inisiatif membersihkan
Tabika KEMAS Al Wafiq, Jalan Cenderawasih, Bukit Kuching di sini.

Program ini diketuai Puan Asmah Husin selaku Pengerusi SAY Kuala Selangor di bantu 11 ahli jawatankuasanya dengan kerjasama guru guru Tabika daerah Kuala Selangor.

Ia turut dihadiri Tuan Haji Mohd Alias Said selaku Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan
Dewan Undangan Negeri Sungai Burong, merangkap ahli Majlis Tertinggi Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tanjung Karang.

SAY mengucapkan terima kepada semua yang terlibat membantu dalam program ini, termasuk rakan badan bukan kerajaan yang menyediakan hidangan jamuan
sarapan pagi dan makan tengahari.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *