Home » Citra Yadim » Forum Cinta Rasul sempena Bulan Dakwah 2.0 di Masjid Othmaniah, Kampung Batu 3

Forum Cinta Rasul sempena Bulan Dakwah 2.0 di Masjid Othmaniah, Kampung Batu 3

GURUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Al Faizin Kedah (Faizin Care) telah mengadakan Program YADIM Interaktif : Forum Cinta Rasul sempena bulan Dakwah 2.0 pada 23 Disember 2021 di Masjid Othmaniah, Kampung Batu 3, di sini.

Program bermula dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kemudian diteruskan dengan Forum Mahabbah Rasul yang bertajuk ‘Rasulullah Ikutan Sepanjang Zaman’.

Ahli panel forum ialah Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Ustaz Mohamad Ismail, Ahli Majlis Daerah Yan, Ustazah Hajah Fadhilah Mahmud dan Iman Masjid Batu 3 Gurun, Ustaz Safarin Dak.

Program disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jerai, Yang Berhormat Ustaz Sabri Azit.

Hadir sama ialah Pengarah Yayasan Dakwah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Artikel Berkaitan

Penyampaian Rehal Al-Quran Oleh YADIM Kelantan

KOTA BHARU – YADIM Negeri Kelantan meneruskan usaha memperkukuh jalinan ukhuwah bersama institusi masjid menerusi Majlis Jalinan Kasih: Penyampaian Rehal al-Quran yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *