Home » Citra Yadim » Dakwah remaja secara santai

Dakwah remaja secara santai

SUNGAI PETANI 27 Sept. – Program ‘Street Da’wah Sungai Petani anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara menggunakan konsep santai dalam mendekati golongan muda mendapat sambutan luar biasa.

Eksekutifnya, Mohd Afifi Ruslan berkata, antara kelainan yang dibawakan termasuklah mencampurkan persembahan hiburan yang tidak melalaikan dalam menyampaikan dakwah melalui pengisian ‘busking’ meniup seksofon dan monoloq filem P Ramlee.

Menurutnya, tujuan  program ini ialah untuk  memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan kepentingan solat di samping peranan ibu bapa dalam memberi didikan kepada anak-anak agar terhindar daripada perbuatan zina.

“Konsep santai dipilih bagi menarik anak muda dan masyarakat yang berada di taman rekreasi berkenaan sama ada sedang beriadah bersama keluarga mahupun rakan agar tertarik kepada pengisian ilmiah berbentuk agama.

” Ia dilihat berbaloi dan bermanfaat apabila pengunjung sekitar turut  mengikuti pengisian program dan program ini turut mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia  dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah ,” katanya ketika ditemui pada program itu.

-Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *