Home » Citra Yadim » Dapur Rakyat YADIM Terengganu kini dibuka

Dapur Rakyat YADIM Terengganu kini dibuka

DUNGUN – Seperti di beberapa negeri lain, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu juga mengambil inisiatif mengadakan program Dapur Rakyat YADIM bagi menyantuni mereka yang memerlukan.

Perasmian di Kampung Shukor di sini pada 29 Disember disempurnakan Ahli Parlimen Dungun, Yang Berhormat Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli. Turut hadir Pegawai Penyelaras Dun Bukit Besi, Tuan Haji Ghazali Sulaiman dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Ahmad Waliyuddin Johari.

Dapur Rakyat di Kampung Shukor ini menyumbang sebanyak 1,200 bungkusan makanan untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu, turut diadakan ialah penyampaian Kit Musa’adah YADIM kepada 113 penerima dan aktiviti ziarah ke rumah rumah bagi tujuan agihan sumbangan.

Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin hadir ke program ini bersama kakitangan beliau.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *