Home » Citra Yadim » Datuk Dr. Afifi kongsi pandangan akademik dengan YADIM

Datuk Dr. Afifi kongsi pandangan akademik dengan YADIM

YADIM pada 15 Ogos berbesar hati menerima kunjungan Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti.
Beliau meluangkan masa lebih dua jam mendengar taklimat gerak kerja masa kini serta perancangan program-program yang bakal dijalankan.
Berkongsi kepakaran, terutama daripada aspek akademik beliau turut memberi pandangan dan cadangan untuk memperkasa lagi program-program lapangan badan dakwah ini.
Gembira dengan inisiatif dakwah tanpa mengira latar belakang YADIM, beliau berharap usaha penyelarasan badan dakwah bukan kerajaan oleh YADIM akan digiatkan lagi selepas ini.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin sendiri telah menyampaikan taklimat gerak kerja berkenaan kepada Datuk Dr. Afifi.
Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Haji Syamsul Maàrif Ismail.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah pada 10 Ogos berkenan mencemar duli berangkat ke Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan menyempurnakan pelancaran buku ‘Islam and Biomedicine’ hasil suntingan Dato’ Dr. Afifi.
Pertemuan dengan Datuk Dr. Afifi ini merupakan salah satu langkah diambil badan dakwah ini bagi mencungkil idea dan meluaskan pandangan mengenai bentuk dakwah yang boleh diambil.
Bergerak ke hadapan, beberapa lagi siri pertemuan dengan ulama dan cendekiawan diatur bagi tujuan yang sama.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *