Home » Citra Yadim » Dialog bersama penganut Budha

Dialog bersama penganut Budha

TUMPAT – Sesuai dengan konsep Islam Rahmat Seluruh Alam (Rahmatan Lil Alamin), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan sebuah program dialog dengan penganut Budha di sini.

Ia merupakan program yang pertama seumpamanya diadakan di sini oleh YADIM.

Program bersama Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin ini akan diadakan di Wat Machimaran, Kampung Jubakar Darat di sini pada 18 Februari 2019 (Isnin) bermula jam 9 pagi.

Ia bertujuan mempromosikan keharmonian antara kaum serta merapatkan hubungan antara penduduk Islam dan bukan Islam.

Turut akan diselitkan dalam program ini ialah penyerahan sumbangan beras kepada golongan kurang berkemampuan dari kalangan penganut Budha seramai 50 orang.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *