Home » Langit Terbuka » Subsidi Haji kekal

Subsidi Haji kekal

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pengekalan subsidi tersebut  tidak akan menggangu proses pemulihan Lembaga Tabung Haji dan proses agihan hibah. - Foto Internet

KUALA LUMPUR -Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi haji lebih RM12,000 bagi setiap jemaah walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos bagi tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mujahid Yusof berkata, pengekalan subsidi tersebut  tidak akan menggangu proses pemulihan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji)  dan proses agihan hibah pada tahun ini yang dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya Mac nanti.

”Tabung Haji akan menanggung kos keseluruhan subsidi sebanyak RM306 juta pada tahun ini. Setakat ini, kita masih boleh menyerap lagi segala tanggungan walaupun berlaku defisit seperti yang dilaporkan .

Malah proses pemulihan  sedang berjalan lancar,” katanya dalam sidang akhbar di Menara TH Jalan Tun Razak di sini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *