Home » YADIM MADANI » Dialog Pendidikan Bermakna: Isu-isu Pendidikan & Malaysia Madani

Dialog Pendidikan Bermakna: Isu-isu Pendidikan & Malaysia Madani

PENDIDIKAN Dan anak muda. Dua teras yang sentiasa menjadi fokus YADIM dalam melestari gerakan dakwah di negara ini.
Bagi mencapai tujuan itu, YADIM Sabah pada 9 Mac menganjurkan program Dialog Pendidikan Bermakna: Isu-isu Pendidikan & Malaysia Madani.
Bertempat di Pejabat Connecting Dots Learning (CDL), Sembulan, program dengan anjuran bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Negeri Sabah ini disertai 30 orang peserta dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan institut pendidikan guru sekitar Kota Kinabalu.
Berkonsepkan ceramah dan dialog dua hala, program ini memfokuskan kepada usaha mencambah idea bersama anak muda selaku kelompok penting dalam ruang demokrasi negara sebagai suara ketiga.
Turut diraikan ialah keberanian para pelajar ini dalam berbeza pandangan secara beradab baik untuk perkembangan demokrasi masa depan.
Mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Sabah, Mohd Tabiin Sahri.
Terima kasih PKPIM Sabah atas kerjasama penganjuran program ini.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *