Home » Citra Yadim » Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Kali Ke-10 Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Johor

Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Kali Ke-10 Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Johor

LEBIH 1,500 peserta memenuhi Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Skudai dalam Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Kali Ke-10 Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Johor.
Anjuran YADIM Johor, Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Johor dan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, ia melibatkan peserta terdiri daripada rombongan negeri Terengganu, Perak, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tuan rumah negeri Johor.pads 9 Mac.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang telah dibacakan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Johor, Daie Muda YADIM Khairun Najmi.
Ia diteruskan dengan ucapan aluan Pengerusi Pertubuhan Al-Quran Di Hatiku JDT, Ibu Patimah Abd. Aziz, disusuli Pengarah YADIM Negeri Johor, Ustaz Muhamad Ammar Abdullah dan Pengerusi Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin, Haji Mohd Nor Salim.
Tadarus dan bacaan doa khatam al-Quran telah dipimpin oleh imam Faris dan imam Zulkarnaian dari Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid sendiri sementara ceramah khas ‘Lambaian Ramadan’ telah disampaikan oleh Zamalah YADIM, Ustaz Elleyeen Amineen bagi mempersiapkan masyarakat dalam menghadapi ibadah puasa di bulan ramadan.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Pentafsir Daerah Johor Bahru yang mewakili Kadi Daerah Johor Bahru,
Ustaz Syafiq Safwan Harith.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *