Home » Langit Terbuka » Didik transgender ditangkap JAWI

Didik transgender ditangkap JAWI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berharap agar LBGT yang ditahan turut diberi pendidikan agar kembali ke pangkal jalan. - Foto MAIS

PUTRAJAYA – Golongan transgender yang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) perlu diberi pendidikan atau tarbiah supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Islam adalah agama yang mendidik dan pihaknya tidak mahu golongan transgender ini ditangkap semata-mata tanpa memberikan kesedaran kepada mereka.

“Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan.

“Dengan syarat, patuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan. Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah supaya mereka semua (transgender) kembali ke pangkal jalan.

“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” katanya dalam Facebook. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *