Home » Citra Yadim » Diskusi buku Menelusuri 1000 Tahun Fiqh Syafie Alam Melayu bangkit semangat merdeka masyarakat

Diskusi buku Menelusuri 1000 Tahun Fiqh Syafie Alam Melayu bangkit semangat merdeka masyarakat

PARIT – Sesi diskusi Buku Menelusuri 1000 Tahun Fiqh Syafie Alam Melayu di Maahad Tahfiz Darul Mubarak di sini pada pada 18 September telah membangkitkan kesedaran masyarakat yang hadir terhadap peranan ulama menentang penjajahan.

Naskhah berkenaan dikupas sendiri oleh pengarangnya, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM,Ustaz Azhar Yahya yang memfokuskan kepada peristiwa peristiwa di pesisir Sungai Perak.

Kupasan momen momen berkenaan yang sememangnya dekat dengan penduduk kawasan ini selain memberi penjelasan tentang peranan ulama, nyata mengimbau sejarah dan membangkitkan semangat kemerdekaan hadirin pada majlis berkenaan.

Program diakhiri dengan sumbangan buku tersebut kepada pihak pentadbiran Maahad Tahfiz Darul Mubarak yang diterima oleh Mudirnya, Ustaz Muhammad Salim Mat Taib.

Turut hadir dalam program ini.ialah Penyelaras YADIM Perak, Mohd Zahid Abu Bakar.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *