Home » Citra Yadim » Pemantapan RSY IPG Zon Timur

Pemantapan RSY IPG Zon Timur

KUALA TERENGGANU – Rakan Siswa YADIM (RSY) sentiasa cakna dan pertama!

Bagi memastikan RSY terus menjadi sebuah entiti yang kekal relevan dan memberi impak kepada semua, maka pada 16 dan 17 September lalu, ahli ahli RSY Zon Timur berkampung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’Razali di sini bagi mengikuti program Pemantapan RSY ‘Ke Arah Satukan Ikatan Hati (KASIH)’.

Empat buah IPG Zon Timur yang terlibat menghantar peserta dan pelapis kepimpinan RSY ke program ini yang memfokuskan kepada jati diri, kepimpinan dan kerohanian sekali gus melengkapkan hasrat pembangunan sahsiah dan moral bakal-bakal guru IPG-KPM.

Watikah kepimpinan RSY juga telah diberikan kepada peserta bagi menggerakkan RSY dan program dakwah di IPG masing-masing.

Sesi penyerahan watikah tersebut dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Encik Aminudin Abu Bakar, Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan (Dr. Pajuzi Awang), Timbalan Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan (Dr. Haji Syukri Ismail) KJ JAPIM IPG Kampus Kota Bharu (Encik Abdul Aziz Zaki Razali) serta Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Ustaz Akram Ikrami Taib Azamuddin (Ketua Unit IPT) dan Saifullah Baiduri (Ketua Unit Politeknik dan IPG).

Tahniah diucapkan kepada semua peserta program ini dan semoga penyertaan ini akan meningkatkan kewibawaan diri dan RSY sendiri.

Program ini akan diteruskan di lima lagi Zon IPG selepas ini.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *