Home » Langit Terbuka » Dr Zakir Naik rayu sokongan komuniti Islam

Dr Zakir Naik rayu sokongan komuniti Islam

NEW DELHI, 10 Julai – Pendakwah Islam antarabangsa,  Dr Zakir Naik hari ini merayu sokongan komuniti Islam berhubung kenyataannya dalam isu militan yang mencetuskan desakan supaya beliau ditangkap.

“Saya, Dr Zakir Naik, menggesa semua saudara seislam supaya menyokong saya menentang ‘Perbicaraan Media’ dan ‘Pastikan Keadilan Menang’,” katanya dalam Twitter.

Sambil memperkenalkan akaun baru Twitternya, @drzakirofficial, penceramah terkemuka itu merayu penduduk dunia ‘menghapuskan keganasan daripada kehidupan.’

Beliau menjadi perhatian kerajaan India selepas laporan menyatakan dua daripada penyerang yang membunuh 20 orang dalam serangan di Dhaka minggu lalu didakwa terpengaruh dengan ceramahnya.

Media Barat The Daily Star mencetuskan kontroversi terhadap Dr Zakir apabila melaporkan bahawa dua daripada lima penyerang adalah antara pengikut Dr Zakir di media sosial dalam serangan di Dhaka, Bangladesh oleh militan Daesh, baru-baru ini. – Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *