Home » Langit Terbuka » Sebar propaganda, Daesh terbit makalah berbahasa Melayu

Sebar propaganda, Daesh terbit makalah berbahasa Melayu

KUALA LUMPUR 11 Julai – Kumpulan militan Daesh mula menerbitkan makalah berbahasa Melayu pertama mereka, Al Fatihin bagi menyebarkan dakyah serta menarik lebih ramai orang dari rantau ini menyertai kumpulan mereka.

Makalah edisi pertama yang diterbitkan pada bulan lepas itu memuatkan pelbagai propaganda dan berita mengenai kegiatan militan mereka dalam bahasa Melayu dan Indonesia.

Tidak diketahui bagaimana edaran makalah berkenaan namun Utusan Online berjaya memuat turun makalah penuh itu melalui laman web https://archive.org/details/AlFatihinEdisi011.

Carian di Internet menunjukkan makalah Al Fatihin yang bermaksud ‘Penakluk’ itu hanya diterbitkan melalui cetakan digital sahaja dan dimuat naik oleh pengguna yang menggunakan pengenalan 600zaza pada 20 Jun 2016 di laman web Internet Archive melalui saluran Furat Media. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *