Home » Langit Terbuka » Dua kadar zakat fitrah di Pulau Pinang

Dua kadar zakat fitrah di Pulau Pinang

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, penetapan dua kadar bayaran itu untuk memberi peluang kepada umat Islam yang memiliki kemampuan untuk menunaikan zakat fitrah pada kadar RM16. - Foto NSTP

GEORGETOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah di negeri ini iaitu RM7 dan RM16 mengikut kemampuan individu.

Kadar bayaran itu ditetapkan selepas mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang sekali gus ia sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, penetapan dua kadar bayaran itu untuk memberi peluang kepada umat Islam yang memiliki kemampuan untuk menunaikan zakat fitrah pada kadar RM16.

Menurutnya, bagi mereka yang tidak berkemampuan dan mempunyai banyak tanggungan boleh membayar zakat fitrah pada kadar RM7 seperti tahun lalu.

“MAINPP sedar bahawa penularan wabak Covid-19 yang masih belum pulih sejak beberapa minggu lalu memberi kesan kepada pendapatan isi rumah sebahagian umat Islam di negeri ini.

“Oleh itu, bagi golongan yang terjejas kemampuan kerana bilangan tanggungan yang ramai, maka bayarlah zakat fitrah mengikut kadar RM7.

“Manakala bagi mereka yang mempunyai pendapatan lebih adalah digalakkan untuk membayar zakat fitrah pada kadar RM16,” katanya pada sidang media di Bukit Mertajam, pada 9 April.

Tahun lalu, kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang merekodkan RM5.06 juta dan dijangkakan lebih RM7 juta dapat dikutip pada tahun ini. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *