Home » Langit Terbuka » Dua lelaki rancang serang musim Haji dibicara

Dua lelaki rancang serang musim Haji dibicara

Gambar bertarikh 28 Ogos 2017 menunjukkan jemaah Haji mengelilingi Kaabah yang terletak di kota suci Mekah, Arab Saudi. - Foto oleh AP

RIYADH – Dua warganegara Arab di Israel hadir pada perbicaraan di Arab Saudi semalam selepas didapati bersalah kerana merancang satu serangan ketika musim Haji, menurut dokumen dakwaan dan beberapa laporan media tempatan.

Salinan dokumen yang diperoleh AFP daripada seorang sumber yang hadir pada perbicaraan pertama itu berkata, dua suspek berkenaan telah melancong ke Arab Saudi dengan menggunakan passport negara Arab Saudi.

Dua lelaki itu didakwa kerana melakukan pengintipan untuk agensi perisikan Israel, Mossad dan merancang untuk melakukan tindakan keganasan pada musim haji sementara seorang daripada mereka turut didakwa kerana pernah menghubungi kumpulan Daesh.

Akhbar Arab Saudi, Okaz dan Al-Riyadh berkata bahawa kes perbicaraan itu dijalankan di sebuah mahkamah antikeganasan di ibu kota tanpa menjelaskan tarikh sebenar kedua-dua lelaki berkenaan ditahan. – AFP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *