Home » Langit Terbuka » Dua lelaki tarik hijab gadis Muslim di London

Dua lelaki tarik hijab gadis Muslim di London

LONDON 10 Okt. – Seorang gadis terkejut dan tertekan selepas diserang secara tiba-tiba oleh dua lelaki tidak dikenali di utara London.

Gadis berusia 20-an itu mendakwa didatangi dua suspek dari arah belakang dan merentap hijabnya hingga terbuka sebelum melarikan diri.

Detektif Konstabel, Ben Cousin ketika mengesahkan kejadian itu menyifatkan ia serangan yang mengejutkan memandangkan ia berlaku pada siang hari di jalan yang agak sibuk.

“Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan terhadap kes tersebut. Serangan bermotifkan agama dan perkauman tidak akan diterima di sini dan saya menyeru kepada sesiapa yang menyaksikan serangan ini untuk menghubungi polis,” katanya seperti yang dipetik menerusi berita Daily Mail.co.uk, hari ini.

Gambaran kedua suspek telah diberikan dan akan disebarkan bagi memudahkan proses siasatan.

-Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *