Home » Langit Terbuka » NGO Islam Asean mahu kumpul dan RM4j

NGO Islam Asean mahu kumpul dan RM4j

SHAH ALAM 10 Okt. : Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ASEAN berikrar mengumpul dana berjumlah RM4 juta (AS$1 juta) untuk disumbangkan kepada rakyat Syria.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata dana berkenaan akan digunakan untuk menyediakan bantuan bagi rakyat di negara yang kini sedang bergolak itu menghadapi musim sejuk.

Katanya, dana berkenaan akan dikumpul oleh NGO dari negara ASEAN dan MAPIM berharap dapat menarik kira-kira 1,000 NGO untuk menyertai usaha berkenaan.

“Pada masa ini, kita mempunyai kira-kira 300 NGO yang bernaung di bawah MAPIM dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) yang menyokong usaha ini.

“Rancangannya sebelum kemuncak musim sejuk pada Januari tahun depan, kami dapat menghantar bantuan kepada rakyat Syria yang terjejas akibat peperangan ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Azmi berkata, selain mengumpul dana berkenaan, NGO terbabit juga akan menganjurkan pelbagai gerakan lain dalam tempoh tiga bulan ini termasuk protes supaya peperangan di Syria dihentikan, yang akan diadakan di seluruh bandar utama di ASEAN serta perhimpunan wanita dan kanak-kanak untuk keamanan.

Katanya, antara langkah jangka pendek lain termasuk menghantar surat bantahan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN selain tindakan antarabangsa oleh NGO ASEAN dan Ahli Parlimen mendesak kepada keamanan dikembalikan di negara itu.

“Tindakan jangka panjang yang kami persetujuan yang akan diambil termasuk menuntut kerajaan Arab Saudi, Amerika Syarikat, Iran dan Russia untuk menghentikan peperangan proksi yang sedang berlaku kerana ia bukan lagi untuk membela rakyat Syria.

“Yang kedua kita mahu mewujudkan satu Perikatan Hentikan Peperangan ASEAN (ASWA), yang ketika kita akan melancarkan kempen referendum keamanan sedunia untuk Syria selain meminta Indonesia untuk mengusulkan kepada OIC untuk segera mengadakan persidangan khas bagi membincangkan apa yang berlaku di Syria,” katanya.

https://www.bharian.com.my

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *