Home » Langit Terbuka » E-buku panduan hijrah diri untuk golongan LGBT diterbitkan

E-buku panduan hijrah diri untuk golongan LGBT diterbitkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, e-buku itu boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play Store

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah pun menerbitkan e-buku Panduan Hijrah Diri bagi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) untuk kembali ke pangkal jalan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata e-buku itu boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play Store.

“Buku Hadith Sahih Mengenai Perlakuan LGBT serta risalah Memahami LGBT Daripada Perspektif Seorang Muslim mengenai gejala itu turut dimuatkan,” katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi agama Islam peringkat Persekutuan telah mengambil inisiatif menyantuni golongan ini dengan melaksanakan aktiviti temu seru (outreach) ke kawasan yang dikenal pasti dan mengajak mereka yang beragama Islam menyertai program rawatan dan pemulihan secara sukarela melalui Program Mukhayyam sejak 2011,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan sedang berbincang dengan beberapa agensi pekerjaan yang mahu memberi peluang pekerjaan yang bersesuaian kepada golongan transgender.

“Seterusnya program pendidikan dan advokasi berkaitan isu LGBT berbentuk seminar telah menyasarkan masyarakat awam termasuk pelajar sekolah, universiti, kaunselor sekolah, ibu bapa, staf kesihatan dan sukarelawan sosial Islam yang membincangkan aspek kesihatan dan psikologi agar peserta mendapat maklumat tepat mengenai perlakuan LGBT,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *