Home » Citra Yadim » Kunjung hormat ke Pesuruhjaya Polis Sabah

Kunjung hormat ke Pesuruhjaya Polis Sabah

KOTA KINABALU – Satu kunjungan hormat telah diadakan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, YDH Komisioner Polis Dato Omar Haji Mammah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah.

Kunjungan pada 16 Oktober itu diketuai oleh Pengarah YADIM Zon Sabah, Tuan Haji Samin Ongki, selain turut disertai oleh para pegawai yang lain.

Kunjungan ringkas ini bertujuan beramah mesra dengan Pesuruhjaya Polis ngri yang baru itu, sambil mengintai peluang menjalinkan pelbagai bentuk kerjasama selepas ini.

Polis Diraja Malaysia Sabah menyambut baik kehadiran YADIM Zon Sabah serta hasrat untuk mengadakan program kerjasama berkenaan selain menambah, pihaknya yakin ianya bakal memberi manfaat kepada banyak pihak.

YADIM Zon Sabah sebelum ini telah berjaya mengadakan pelbagai program kerjasama dengan pelbagai agensi di ngeri itu, antaranya, Tentera laut Diraja Malaysia, Maswings, Radio televisyen Malaysia Sabah, Kastam Diraja Malaysia Sabah dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *