Home » Langit Terbuka » Edar dadah guna kurier, urusniaga dark web cabaran baharu PDRM

Edar dadah guna kurier, urusniaga dark web cabaran baharu PDRM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Datuk Seri Mohmad Salleh (tengah) menunjukkan gambar-gambar mesin membuat dadah pada sidang akhbar mengenai dua dekat pencapaian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) membanteras dadah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto Malaysia Gazzete

KUALA LUMPUR – Kes pengedaran dadah dijangka lebih mencabar dengan trend baharu menggunakan pos, kurier dan pasaran gelap atas talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, itu antara cabaran besar yang bakal dihadapi Polis Diraja Malaysia dalam memerangi kes dadah hari ini.

“Trend pengedaran dadah kini sudah berubah, jika sekitar abad ke-20 iaitu antara 70 hingga 90-an pengedaran dadah berlaku secara tradisional menerusi pengedar dan pembeli serta pengangkutan.

“Tetapi bermula abad-21 bermula tahun 2000 trend berubah menjadi lebih sofistikated (lebih canggih) apabila kita diancam dadah sintetik yang mencabar penguatkuasaan seiring kemajuan teknologi.” katanya pada sidang media khas menjelang sambutan Hari Polis ke-211 hari ini.

Tambah Mohmad, dalam Persidangan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai dadah dan jenayah di Vienna, Austria – modus operandi baharu sindiket dadah ialah menghantarnya kepada pengguna menerusi surat.

Menurutnya, tempahan dadah dibuat dengan menggunakan dark web sebelum menerima bersama sampul surat secara kecil-kecilan dan pihak tertentu sahaja boleh mengakses laman itu.

“Baru-baru ini polis di Columbia membuat tangkapan ke atas seorang wanita ‘mengandung’ dan hasil pemeriksaan badan wanita itu dengan modus operandi baharu telah mereka kompartmen khas menyerupai perut mengandung pada badannya sebelum dadah jenis kokain seberat dua kilogram berjaya dirampas polis.

“Penyertaan dalam latihan dalaman dan luar negara lebih banyak akan memberi kita input, pengetahuan dan modus operandi penyeludupan selain cara proses dadah dengan teknik baharu yang sentiasa berubah dengan cepat,” ujarnya.

Sementara itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada pegawai polis selain mana-mana kakitangan narkotik yang bersubahat.

“Mana-mana pegawai narkotik tidak boleh melanggar peraturan jabatan dan undang-undang negara apabila mereka tidak boleh terlepas dari hukuman berat dalam soal dadah,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *