Home » Citra Yadim » Edaran kurma untuk Daie Komuniti YADIM

Edaran kurma untuk Daie Komuniti YADIM

BATU CAVES – SEKITAR edaran Kurma Kepada 10 Daie Komuniti YADIM PPR/PA-DBKL oleh Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Batu Caves pada 8 Mei.

Sebanyak 180 pek kurma diagihkan kepada mereka yang kelak akan mengaihkannya pula kepada komuniti masing masing menerusi program seperti majlis Khatam Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Majlis Iftar, Ziarah Komuniti dan lain-lain lagi.

Hadir ke program ini ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya, Pengarah Bahagian Pembangunan Du’at, Ustaz Khairrul Fuad Samsuddin, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Duát,  ‎Nuuh Muhamad Idris‎ serta 10 orang Asatizah Daie Komuniti YADIM.

Terima kasih juga diucapkan kepada Bahagian Khidmat Bakti YADIM yang membantu menguruskan bekalan kurma.

Program ini ialah sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

Nadwah Kepemimpinan Islam Generasi MADANI

HULU LANGAT – Program Training of Trainers Nadwah Kepemimpinan Islam Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Kepimpinan Muda YADIM telah berlangsung pada

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *