Home » Citra Yadim » Penyampaian Sumbangan Kepada Penerima Program Nisa’ Small Kindness

Penyampaian Sumbangan Kepada Penerima Program Nisa’ Small Kindness

KUANTAN – Warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 8 Mei telah menyampaikan sumbangan barang keperluan harian kepada penerima program Nisa’ Small Kindness (NSK).

Ia hasil kerjasama bersama badan kebajikan, Nisa’ Paya Besar yang diketuai oleh Puan Aisah Sulong. Program ini mensasarkan 200 penerima dari kalangan warga yang memerlukan sekitar kawasan ini.

Pek sumbangan itu diagihkan bersama para sukarelawan YADIM, penggerak NGO Nisa’ dan anggota Jabatan Amal Malaysia dengan menggunakan pendekatan pandu lalu di Surau Munawwarah, Taman Pandan Damai, di sini.

Badan dakwah ini yang diketuai Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok menyumbangkan 25 pek makanan asas untuk program tersebut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *