Home » Langit Terbuka » Elak berpolitik di masjid

Elak berpolitik di masjid

PEMANGKU Raja Pahang,Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

ROMPIN 19 Feb. – Semua pihak diingatkan agar tidak menjadikan masjid atau surau sebagai tempat untuk menyampaikan ceramah politik.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, tindakan berpolitik atau bercakap perkara tidak berfaedah di masjid bakal berdepan dengan tindakan mengikut peraturan atau enakmen sedia ada.

“Saya berharap masjid digunakan sebagai tempat beribadah, sekiranya terdapat apa-apa masalah digalakkan berbincang di tempat bersesuaian.

“Kita mahu beribadah dengan tenang dan jangan sesekali menggunakan mimbar masjid untuk menyampaikan khutbah politik,” titah baginda pada Majlis Pecah Tanah Masjid Kampung Sungai Puteri, di sini hari ini.

Berangkat sama mencemar duli ke majlis berkenaan ialah Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Ariffin. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *