Home » Langit Terbuka » Elak kecoh, batalkan perhimpunan

Elak kecoh, batalkan perhimpunan

Mufti Negeri Sembilan berkata, penganjur sewajarnya akur dan membatalkan perhimpunan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini apabila kerajaan bersetuju tidak meratifikasi ICERD - Foto Berita Harian

SEREMBAN – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berharap perhimpunan bagi meraikan kejayaan selepas kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak diteruskan.

Beliau berkata, penganjur sewajarnya akur dan membatalkan perhimpunan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini apabila kerajaan bersetuju tidak meratifikasi ICERD.

“Seperti yang kita sedia maklum, beberapa perhimpunan yang pernah diadakan sebelum ini mencetuskan pelbagai kekecohan.

“Jadi saya rasa lebih elok elakkan perhimpunan itu diteruskan supaya tidak berlaku sebarang masalah,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, penganjur perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa jika diberi kebenaran meneruskan perhimpunan berkenaan.

“Dalam Islam juga sudah tertulis apa sahaja peraturan perlu dipatuhi, jadi patuhilah peraturan,” katanya.

Pada 23 November lalu, kerajaan mengumumkan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *