Home » Langit Terbuka » Selangor sedia wujudkan ‘pembantu guru’ sekolah agama, kata MB

Selangor sedia wujudkan ‘pembantu guru’ sekolah agama, kata MB

Mentri Besar Selangor berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia bagi membincangkan pelaksanaan dan tugasan pembantu guru - Foto detikperubahan@wordpress.com

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mewujudkan jawatan “pembantu guru” bagi sekolah rendah agama di bawah kendalian kerajaan negeri.

Bagaimanapun beliau berkata, perkara tersebut perlu dibuat kajian terlebih dahulu sebelum diwujudkan jawatan berkenaan.

“Saya nak maklumkan dasar kerajaan negeri tak boleh terlalu tergesa-gesa. Kita akan melihat keutamaan dan kepentingan terutamanya.

“Tapi dari permohonan dan juga laporan yang kita dapat dari sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri, masih lagi isu infrastruktur utama yang menjadi keutamaan mereka berbanding dengan sumber manusia dan modal insan untuk membantu pengurusan,” katanya di DUN Selangor.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Mohd Sany Hamzan (PH-Taman Templer) yang bertanyakan adakah Selangor berhasrat mewujudkan jawatan pembantu guru bagi sekolah agama.

Pada 18 November lalu, Kementerian Pendidikan dilaporkan meneruskan cadangan mewujudkan jawatan baharu dikenali sebagai pembantu guru yang berperanan melaksanakan kerja pentadbiran.

Menterinya, Maszlee Malik berkata sekarang ini, guru-guru terbeban dengan kerja sampingan berkenaan dan mengganggu mereka melakukan tugasan hakiki untuk mengajar di sekolah masing-masing.

Maszlee berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) bagi membincangkan pelaksanaan dan tugasan pembantu guru ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata kerajaan negeri juga memberikan peruntukan yang besar dari segi infrastruktur sehingga kini.

“Sebab itu peruntukan besar kita adalah untuk infrastruktur termasuk pembelian alatan kerusi, kemudahan guru, komputer dan sebagainya,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *