Home » Langit Terbuka » Elshenawy tolak anugerah demi agama

Elshenawy tolak anugerah demi agama

MOHAMED ELSHENAWY menolak anugerah trofi pemain terbaik perlawanan sebagai menghormati agamanya, Islam. - AGENSI

RUSIA 18 Jun – Pegawai pasukan Mesir mengesahkan penjaga gol, Mohamed Elshenawy menolak anugerah pemain terbaik perlawanan atas faktor agama.

Trofi anugerah yang berwarna merah itu merupakan tajaan Budwiser iaitu minuman keras. Islam melarang penggunaan alkohol dalam kalangan umatnya.

Pengarah pasukan Mesir, Ihab Leheta memberitahu Elshenawy mengucapkan, beberapa patah perkataan sebelum mengambil gambar bagi upacara penyampaian hadiah namun dia tidak mengambil trofi tersebut.

Pemain berusia 29 tahun itu memenangi anugerah tersebut selepas mempamerkan aksi cemerlang walaupun pasukannya tewas 0-1 kepada Uruguay dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala Dunia 2018 pada 15 Jun lalu.

Elshenawy menunjukkan isyarat badan untuk menolak trofi tersebut yang disampaikan oleh wakil Budweiser ketika di terowong pemain dalam stadium di mana gambar tersebut tersebar meluas di media sosial. Budweiser antara penaja terbesar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Mesir merupakan negara Islam dengan 100 juta penduduknya, beraksi di pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 1990. – AGENSI / UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *