Home » Langit Terbuka » EMPAT LELAKI ASING SOKONG HINA NABI MUHAMMAD DITAHAN POLIS

EMPAT LELAKI ASING SOKONG HINA NABI MUHAMMAD DITAHAN POLIS

Sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan kuil Batu Caves dan menyatakan pendirian menyokong perjuangan Hindu Samachar serta tindakan Nupur Sharma, ahli politik dari parti Bharatiya Janata yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW - Foto Arkib

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat lelaki warga Nepal selepas disyaki terbabit dalam kes sebuah video tular di aplikasi TikTok mengenai pendirian menyokong perjuangan ahli politik dari India yang membuat penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kesemua individu berusia 26 hingga 27 tahun ditahan di Meru, Klang hari ini oleh anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Beliau berkata PDRM turut merampas peranti dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan itu.

“Usaha untuk mengesan suspek yang bebas masih diteruskan dan individu yang terlibat dalam rakaman video itu diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 JSJ Bukit Aman di talian 03-22666071.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video berdurasi 18 saat memaparkan sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan kuil Batu Caves dan menyatakan pendirian menyokong perjuangan Hindu Samachar serta tindakan Nupur Sharma, ahli politik dari parti Bharatiya Janata yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *