Home » Langit Terbuka » Empat syarikat diberi tanggungjawab pasar produk halal pada Sukan Olimpik Jepun

Empat syarikat diberi tanggungjawab pasar produk halal pada Sukan Olimpik Jepun

Kerajaan sedang memandu syarikat dikenalpasti untuk memenuhi keperluan halal Majlis Olimpik Jepun. - Foto Tokyo2020.org

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan telah mengenalpasti empat syarikat yang akan diberi tangggungjawab menjadi ‘anchor’ bagi memasarkan pelbagai produk halal dari negara ini pada temasya sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata pihak kementerian sedang membantu syarikat swasta dan korporat tempatan itu memenuhi kehendak Majlis Olimpik Jepun sesuai dengan standard acara sukan itu.

“Pada tahun lepas saya telah berbincang dengan Menteri Ekonomi Jepun dan persetujuan telah dicapai dengan mereka untuk menyediakan ruang untuk produk halal kita.

Bukan sahaja B2B (business to business) tetapi juga B2G (business to government) untuk memastikan tempat yang telah ditetapkan diberikan kepada empat syarikat anchor yang kita lantik dan mengikut saringan (halal) yang dibuat kerajaan Jepun,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat, hari ini (31 Oktober).

Sementara itu, menyentuh pelaksanaan status hab halal di negara ini Mohd Redzuan berkata sehingga kini 14 Taman Industri Halal berstatus Halmas (Halal Malaysia) telah dibina dengan jumlah pelaburan hampir RM14 bilion.

Ia merangkumi 240 syarikat yang terdiri daripada 45 syarikat multinasional (MNC) dan 195 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS). – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *