Home » Langit Terbuka » Erdogan, Raja Salman puji resolusi PBB desak perlindungan rakyat Palestin

Erdogan, Raja Salman puji resolusi PBB desak perlindungan rakyat Palestin

Hubungan rapat Erdogan dan Raja Salman membawa banyak manfaat kepada negara negara Islam

 

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz menyambut baik resolusi Persidangan Umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mendesak perlindungan bagi warga Palestin.

“Saya melihat keputusan yang diambil oleh Majlis Umum PBB sebagai tonggak bersejarah dalam masalah Palestin.

“Kami tidak akan pernah meninggalkan kiblat pertama kita iaitu Baitulmaqdis dari negara Israel yang menyerang, yang tentu saja hanya makan dari darah dan air mata,” katanya.

Resolusi ini telah diajukan oleh Kuwait di Majlis Keselamatan PBB, namun tidak berjaya diluluskan akibat veto Amerika Syarikat (AS).

Namun, atas inisiatif Indonesia dan sejumlah negara anggota lainnya, resolusi yang sama kemudian diajukan kembali oleh Turki di pertemuan Persidangan Umum PBB.

Resolusi ini meminta Setiausaha PBB untuk melakukan siasatan terhadap situasi di lapangan wilayah penduduk Palestin dan membuat laporan dan menyampaikannya kepada Majlis Umum dalam tempoh 60 hari. – Ismaweb

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *