Home » Langit Terbuka » Filem Padmaavat tidak lulus tayangan di Malaysia

Filem Padmaavat tidak lulus tayangan di Malaysia

Filem ‘Padmaavat’ tidak dibenarkan ditayangkan di Malaysia. foto : https://ste.india.com

PUTRAJAYA 2 Feb. – Filem ‘Padmaavat’ tidak dibenarkan ditayangkan di Malaysia kerana mempunyai elemen menyentuh sensitiviti agama Islam, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Lembaga Penapis Filem (LPF) telah membuat keputusan tidak meluluskan tayangan filem ‘Padmaavat’ atas alasan jalan cerita filem tersebut memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam.

“Keputusan LPF itu turut dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) yang bersidang pada 30 Januari lepas berikutan rayuan yang dikemukakan syarikat pengedar filem itu untuk mempertimbangkan keputusan tapisan filem tersebut,” katanya.

“JKRF membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan LPF iaitu tidak membenarkan tayangan filem Padmaavat di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan – TUT),” kata KDN. – Bernama

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *