Home » Citra Yadim » FMD YADIM anjur program Kasih Anak-anak Rohingya

FMD YADIM anjur program Kasih Anak-anak Rohingya

YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centre For Human Right Research And Advocacy atau ringkasnya CENTHRA) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan majlis iftar “Kasih Anak-anak Rohingya” pada 28 Jun ini di Knowledge Garden Learning Centre, Serdang.

Majlis berkenaan yang dilaksanakan oleh Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM adalah sebahagian dari inisiatif penyelidikan FMD mengenai nasib masyarakat Rohingya di Lembah Klang. Inisiatif penyelidikan tersebut bertujuan mendapatkan maklumat dan data yang lebih jelas mengenai hak pendidikan yang diterima oleh anak-anak Rohingya di negara ini selaras dengan kesedaran kemanusiaan dan penjagaan hak asasi mereka. Inisiatif ini dijalankan di bawah penyeliaan dan kerjasama CENTHRA dan UKM.

Selain itu, objektif  program ini adalah juga untuk mengenali kira-kira 120 orang anak-anak Rohingya ini dengan lebih dekat di samping mengetahui tahap akses pembelajaran yang mereka perolehi semasa berada di Malaysia, khususnya di Pusat Pendidikan Rohingya Malaysia (Knowledge Garden Learning Centre).

Adalah diharapkan melalui program ini, pihak FMD YADIM dapat merangka pelan tindakan yang sistematik dan berjangka panjang bagi mendedahkan isu Rohingya kepada anggota masyarakat yang lain terutama yang berkaitan dengan hak-hak pendidikan anak-anak mereka.

Rohingya merupakan kumpulan etnik minoriti Islam yang berasal dari Wilayah Arakan, barat Myanmar.  Mereka sering dinafikan hak asasi, sehingga sebahagian besar mereka tidak diberikan kerakyatan oleh pemerintah Myanmar.

Mereka sering menghadapi pelbagai jenis peras ugut seperti terpaksa membayar cukai secara arbitrari, rampasan tanah, meroboh rumah kediaman, pengusiran dan sebagainya.

Lebih teruk lagi, ada di kalangan mereka digunakan sebagai buruh paksa bagi membina jalan dan bekerja di kem-kem tentera.

Apa yang menyedihkan ialah, masyarakat Rohingya juga tidak dibenarkan mengamalkan ajaran Islam dan mengadakan apa jua majlis yang bercorak keagamaan.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *