Home » Citra Yadim » FMD Yadim menyantuni masyarakat

FMD Yadim menyantuni masyarakat

Pemberian makanan kepada para gelandangan yang berada di Medan Tunku

Buat julung-julung kalinya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menganjurkan program Daie Pintar yang meliputi tiga subprogram bermula 5 sehingga 11 Januari ini.

Program ini dilaksanakan oleh Felo Muda Dakwah Yadim Siri III 2015 (FMD IV) dan merupakan sebahagian daripada modul utama bagi siri kursus Felo Muda anjuran Yadim bagi melatih pendakwah-pendakwah muda.

Melalui Daie Pintar ini, tiga subprogram yang akan diadakan adalah Projek Cakna (Mesin Basuh), Projek Cakna (Anak Chow Kit), Jom Gegar Masjid! dan Jejak Hikmah.

Projek Cakna (Mesin Basuh) diadakan pada 5 Januari bertempat di Medan Tunku, Kuala Lumpur dan pengisiannya termasuk membersihkan pakaian golongan gelandangan, pemberian pakaian percuma dan solat berjemaah bersama golongan berkenaan.

Sepanjang program itu, para Felo Muda juga akan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan yang didiami gelandangan berkenaan serta memberikan mereka makanan percuma.

Pada 7 Januari 2016, Projek Cakna (Anak Chow Kit) diadakan dengan fokus diberikan kepada anak-anak gelandangan di kawasan Chow Kit termasuk memberi imej bahawa agamawan juga peka dalam isu kemiskinan, mendidik anak muda cara solat dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan mereka.

Program yang diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman itu, memuatkan pelbagai sesi yang menarik termasuk permainan berbentuk pendidikan dan edaran beberapa barangan kepada anak Chow Kit seperti alat tulis, buku panduan solat dan makanan.

Pada 10 Januari, Daie Pintar diteruskan dengan program Gegar Masjid! bertempat di Masjid Al-Ubudiah, Segambut Dalam.

Pada program ini, beberapa aktiviti diadakan sebagai daya tarikan kepada belia untuk turut hadir mengimarahkan masjid seperti permainan dalaman yang melibatkan pelbagai peringkat umur. Turut  diadakan ialah sesi bengkel pengurusan jenazah yang akan disampaikan sendiri oleh Felo Muda serta Fiqh Wanita yang akan membincangkan beberapa tajuk umum yang berkaitan kewanitaan.

Kemuncak Daie Pintar adalah program Jejak Hikmah iaitu sebuah program berbentuk street dakwah yang menggunakan perkhidmatan keretapi sebagai platform untuk anak-anak muda ini menyampaikan mesej dakwah.

Program yang diadakan pada 11 Januari itu, yang bermula di Stesen KL Sentral, sehingga ke Stesen KTM Ipoh mendapat kerjasama daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sepanjang perjalanan ke destinasi para Felo Muda berpeluang beramah mesra dengan penumpang sama ada yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam, dengan matlamat agar nilai-nilai Islam dan sunnah itu dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *