Home » Persuasif » Forum Mega Pindaan RUU 355- Panelis sebulat suara

Forum Mega Pindaan RUU 355- Panelis sebulat suara

SABTU 1 Oktober lepas di Pusat Islam telah berlangsung sebuah mega forum yang bertajuk ‘Pemantapan Syariat: Tanggungjawab Parlimen dan hak umat Islam’ yang dihadiri hampir seribu orang tetamu.

Forum yang menyaksikan pembabitan pelbagai lapisan masyarakat itu dihujani dengan hujah-hujah menyokong Pindaan Akta 355 yang dilihat sebagai jalan yang dapat memberikan lebih keadilan kepada Muslim apabila Mahkamah Syariah kelak diperkasakan.

Forum ini dianjurkan oleh sebuah ngo UMMAT yang menyokong penuh Pindaan Akta 355 dibarisi oleh beberapa tokoh ngo dan pakar perundangan. Forum tersebut juga mengetengahkan kehadiran daripada wakil parti politik PAS, PAN dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang dilihat sebagai mewakili suara UMNO.

Forum yang dimulakan oleh Pengerusi Sekretariat UMMAT yang mendedahkan bahawa kes anak lahir luar nikah yang semakin membarah lebih kurang 50,000 kes setahun selama lebih tiga tahun berturut-turut. Tegas Hj Aminuddin Yahya lagi jika hal ini berterusan maka negara akan mempunyai lebih kurang 500,000 anak luar nikah.

Terdahulu Tan Sri Syeikh Ghazali Abdul Rahman yang banyak bercerita tentang rentetan sejarah Mahkamah Syariah daripada segi kedudukan serta hal ehwal pengurusan termasuk pengurusan dan sebagainya sehinggalah kepada keadaan sekarang. Kuasa pada awalnya tidak diberikan tinggi sehinggalah pada tahun 1984 Jawatankuasa Teknikal ditubuhkan dan pada tahun 2001 Majlis Raja-Raja telah bersetuju menerima lima undang-undang yang terpakai sehinggalah hari ini. Tetapi kuasa masih lagi ‘356’ (merujuk kepada hukuman 3 tahun penjara, 5 ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan).

Forum dimulakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, Dato’ Haji Mahamad Naser Disa yang menegaskan peri-pentingnya Pindaan Akta 355 ini diluluskan kerana setelah sekian lama bentuk hukuman ‘356’ yang begitu rendah berbanding dengan mahkamah sivil. Beliau juga menegaskan bahawa perundangan berasaskan Syariah sudah bertapak lebih seribu tahun di tanahair berbanding dengan perundangan sivil yang diperkenalkan British.

YB Senator Dato’ Asyraf Wajdi Dusuki pula menceritakan tentang keterlibatan dan keterbukaan kerajaan sedia ada dalam usaha untuk mengangkat dan memperkasakan Mahkamah Syariah. Namun ianya harus dilakukan secara berperingkat-peringkat. Proses secara evolusi atau tadarruj yang digunakan oleh pihak kerajaan.

YB Dr Siti Mariah yang mewakili PAN pula menegaskan bahawa secara prinsipnya, beliau dan parti beliau bersetuju untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. Tetapi beliau risaukan dalam gerak kerja Pindaan Akta 355 tentang beberapa titik benget yang bakal membuatkan orang menolaknya yang kononnya kelak bakal memberi ‘cek kosong’. Beliau kelihatan lebih risaukan kedudukan beliau sebagai ahli Parlimen dikalangan para pengundi bukan Islam.

Forum seterusnya mendengar pandangan YB Datuk Haji Takiyuddin Hassan yang mengambil kesempatan untuk memberi respons kepada beberapa pandangan yang dibawa oleh YB daripada PAN, dalam pelbagai alasan yang diberikan YB Dr Siti Mariah, beliau menegaskan supaya kita semua tidak perlu gusar dan yakin dengan ayat Allah SWT dan berserah kepada Allah selebihnya.

Forum mega tersebut berakhir dengan upacara ‘flag off’ kembara bermotor untuk membawa mesej menyokong Pindaan Akta 355 dan kemudiaan panelis yang hadir bergambar dengan hadirin dengan memegang sepanduk menyokong Pindaan Akta 355.

https://www.bangkit.info/

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *