Home » Citra Yadim » Forum Pemberdayaan Wanita Dalam Konteks Malaysia Madani

Forum Pemberdayaan Wanita Dalam Konteks Malaysia Madani

YADIM Terus komited memberikan kefahaman kepada pelbagai lapisan masyarakat berkaitan konsep Malaysia MADANI.
Forum Pemberdayaan Wanita Dalam Konteks Malaysia Madani dianjurkan oleh Pertubuhan SALWA Negeri Selangor dengan kerjasama YADIM dijalankan pada 15 Oktober di Bilik Saintis Gemilang, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Ucap utama dan perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Dalam ucap utama dan ucapan perasmian program, beliau mengungkapkan Surah An-Nisaa’ : ayat 34 berkaitan peranan dan pandangan Islam terhadap peranan wanita dan juga tugasan lelaki dalam memperkukuhkan masyarakat.
Selaras itu beliau turut menyoroti pesanan dan ketajaman renungan Ibnu Khaldun bahawa ‘madani secara tabi berada dalam diri insan dan kita perlu berhati-hati agar sentiasa kekal bersifat sedemikian.
Seterusnya beliau memetik Ibnu Khaldun mengingatkan 4 peranan pempengaruh
i- ibubapa biologi
ii- kaum kerabat
iii – Jiran (umum) rakan sekerja,sekampung
iv- Bi’aah iaitu persekitaran yang sihat dan bersih akan wujud suasana yg inovatif
Akhirnya beliau mengharapkan agar program ini dapat menghasilkan input segar dan membantu YADIM bagi merencana program-program terdekat wanita yang berimpak di dalam masyarakat.
Forum Pemberdayaan Wanita dalam Konteks Malaysia Madani menampilkan menampilkan figura wanita daripada tiga generasi berbeza:
1. Prof. Dr. Noriah Mohamed Mantan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia membicarakan ‘Kenali diri dan pemberdayaan wanita dalam konteks Malaysia Madani’.
2. Dato’ Prof. Dr. Saadiah Mohamad, Profesor di Universiti Teknologi Mara membicarakan ‘Konsep Madani untuk mengangkat martabat wanita dari aspek ekonomi’.
3. Dr. Shazni Izana Shahruddin, pengamal perubatan dalam kalangan generasi muda membincangkan ‘Keseimbangan tugas wanita dalam kerjaya, keluarga dan masyarakat’.
Program turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain dan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita
Encik Ahmad Saparudin Yusup.
Seramai 100 orang peserta terdiri daripada pimpinan persatuan wanita, guru-guru sekolah dan pelajar universiti.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *