Home » Citra Yadim » Ijtimak Harakiy 10 (Perhimpunan Agung) rakan badan bukan kerajaan

Ijtimak Harakiy 10 (Perhimpunan Agung) rakan badan bukan kerajaan

BERTEMPAT di Mersing, Johor telah berlangsung Seminar Keluarga Sejahtera Membangun Malaysia Madani pada 14 Oktober.
Program anjuran bersama YADIM Johor, ABIM dan WADAH Johor sempena Ijtimak Harakiy 10 (Perhimpunan Agung) rakan badan bukan kerajaan berkenaan disertai seramai 180 orang peserta.
Pengarah YADIM Johor, Encik Muhamad Ammar Abdulah telah menyampaikan ucaptama perasmian program ini. Beliau menyentuh mengenai kepentingan dan tanggungjawab untuk menyampaikan dan menanamkan kefahaman Aspirasi Malaysia Madani kepada akar umbi masyarakat.
Satu sesi forum turut menjadi pengisian program ini yang menampilkan Puan Hajah Mahanom Haji Badri dan Encik Fawaz Ahmad Syukri sebagai ahli panel dan Mohd Lokman Faivdullah, daripada ABIM dan WADAH.
Hadir sama dalam program ini ialah Pengerusi WADAH Johor, Tuan Haji Baharum Ahmad dan Yang Dipertua ABIM Johor, Ustaz Farhan Ashaari.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *