Home » Citra Yadim » Frontliners disantuni YADIM Pulau Pinang

Frontliners disantuni YADIM Pulau Pinang

SEBERANG PERAI UTARA – Sebagai menghargai sumbangan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan (frontliners) negara dalam menghadapi musibah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mengadakan program Terima Kasih Wira Negara.

Dalam program pada 22 Julai ini, YADIM Pulau Pinang menyampaikan cenderamata kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Utara, IPD Timur Laut, Hospital Seberang Jaya dan Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Pulau Pinang.

YADIM Pulau Pinang juga sempat mengadakan perbincangan dan kunjung hormat terhadap Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pulau Pinang.

Keduanya  menyambut baik hasrat YADIM untuk  melaksanakan kerjasama dalam program pembangunan modal insan melibatkan anggota mereka.

Turut diadakan juga ialah sesi ceramah dalam program Bicara Dakwah yang disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Rosmanizan  Rosdi di IPD Seberang Perai Utara dan Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Pulai Pinang.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *