Home » Citra Yadim » Penerbitan Jurnal Dalam Talian YADIM

Penerbitan Jurnal Dalam Talian YADIM

PUTRAJAYA – Bahagian Penyelidikan dan Perancangan di bawah Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat membangunkan Jurnal Online YADIM.

Pembangunan jurnal ini adalah untuk mengumpulkan cendekiawan dan menghasilkan serta menerbitkan penyelidikan dakwah di dalam pelbagai disiplin ilmu yang melibatkan agensi, institusi pengajian awam dan swasta.

Bagi tujuan itu, satu mesyuarat jawatankuasa pemandu (Steering Committee) telah diadakan pada 24 Julai yang melibatkan kehadiran pakar dari 12 buah Universiti awam dan swasta oleh ahli akademik dari pelbagai bidang disiplin ilmu.

Antara yang hadir adalah Ketua Jabatan Syariah Universiti Malaya Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati serta Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi, Universiti Teknologi Mara, Prof. Dr. Farahwahida Mohd Yusuf.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua YADIM Ustaz Haji Nasrudin Hassan, Yang Dipertua YADIM manakala taklimat ringkas disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief bin Tuan Soh.

Terdapat lima bidang kerjasama yang dibincangkan oleh jawatankuasa pemandu iaitu Kepimpinan Mahasiswa, Khidmat Masyarakat, Penyelidikan & Penerbitan, Media & Antarabangsa serta Latihan dan Pembangunan Bakat.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *