Home » Citra Yadim » Futsal Belia Cinta Masjid YADIM Pahang

Futsal Belia Cinta Masjid YADIM Pahang

KUANTAN – Seramai 96 orang remaja sekitar Parlimen Indera Mahkota menyertai pertandingan Futsal Belia Cinta Masjid (BCM) YADIM Negeri Pahang pada 13 Mac.
Program bertempat di Playground 6 Semambu Kuantan ini melibatkan sebanyak 12 pasukan masjid dan surau iaitu dari :

1. Masjid Balok Baru
2. Masjid Kampung Padang
3. Masjid Balok Makmur
4. Masjid Chengal Lempong
5. Masjid As-Syakirin Damansara
6. Masjid Muamalat AsSyarif Pasdec, Damansara
7. Masjid An-Nur Taman Dato’ Rashid
8. Masjid Cherating
9. Surau Wan Ghani Cengal Lempong
10. Surau Taman Balok Jaya 2
11. Surau Pok Long Sohor Sungai Ular dan
12. Surau Taman Mahkota Putra Indera Mahkota 8

Para peserta mendaftarkan diri seawal pagi di masjid dan surau masing-masing dan menunaikan solat sunat Dhuha sebelum bergerak dan berkumpul di gelanggang futsal Semambu Kuantan diiringi jurulatih dan wakil ahli jawatankuasa masjid atau surau yang terlibat.

Pengarah YADIM Negeri Pahang Ustaz Mohamad Hazmi Dibok menyampaikan ucapan perasmian ringkas sebelum perlawanan bermula.

Urusetia program diketuai oleh Ketua Koordinator Sukarelawan YADIM Indera Mahkota, Ustaz Zainal Abidin Mohamad dengan kerjasama para sukarelawan YADIM dan anggota Jabatan Amal Malaysia yang bertugas membantu menjaga SOP dan sebagainya.

Sukan merupakan antara bidang yang kini menjadi tumpuan YADIM bagi tujuan dakwah, khususnya untuk golongan muda.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *