Home » Citra Yadim » Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat pandu gerakan sukarelawan negara

Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat pandu gerakan sukarelawan negara

PUTRAJAYA – Kewujudan pelbagai gerakan sukarelawan di negara ini perlu dilihat sebagai satu perkembangan positif yang menunjukkan masyarakat semakin cakna dengan pelbagai isu melanda mereka, dan tidak mahu bergantung kepada kerajaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Namun, dengan kewujudan terlalu banyak gerakan dan pertubuhan itu sendiri memerlukan satu garis panduan amalan sebagai rujukan mereka dalam melaksanakan inisiatif membantu masyarakat.

Cakna dengan keperluan tersebut, YADIM selaku dermaga kepada pelbagai institusi badan bukan kerajaan Islam telah bekerjasama dengan pakar dalam pelbagai bidang dalam mewujudkan panduan tersebut.

Pada 14 Mac, selepas enam bulan mengadakan kajian dan pelbagai inisiatif, YADIM telah menerima Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat yang telah disiapkan oleh sebuah jawatankuasa khas.

Diketuai oleh Prof. Madya Dr Mariam Abd. Majid daripada Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Selangor dan 12 lagi penyelidik dari seluruh negara, mereka menemu ramah dan berada di lapangan bersama pelbagai pihak termasuk Sukarelawan YADIM (SAY), kakitangan Bahagian Khidmat Bakti serta Bahagian Penyelidikan YADIM bagi menghasilkan garis panduan ini.

Pembinaan Garis Panduan Sukarelawan Dakwah Masyarakat yang bersandarkan kepada Maqasid Syariah dan Matlamat Pembangunan Lestari, mampu memberikan impak kepada gerak kerja yang dilakukan oleh para sukarelawan dakwah masyarakat.

Antaranya ialah memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pengamalan dan penghayatan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar dapat terus memelihara dan memartabatkan agama Islam.

Sementara itu, ketika acara pembentangan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata SAY merupakan antara faktor penetu kejayaan program program YADIM di lapangan, baik kebajikan mahupun lain lain bentuk dakwah.

“Justeru kewujudan garis anduan ini akan membantu lagi untuk SAY lebih tersusun, lebih terselaras dan mencapai objektifnya,” katanya.

Tambah beliau, garis panduan ini juga boleh diguna pakai oleh lain lain gerakan kesukarelawanan di negara ini.

Garis panduan ini diharapkan mampu menjadikan usaha-usaha kesukarelawan dakwah masyarakat dapat dilaksanakan dengan efisyen, lancar dan berkesan menerusi pelaksanaan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar seiring dengan matlamat mencapai kesejahteraan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *