Home » Citra Yadim » Gabungan Sukarelawan YADIM Kapar dan muslimah Quran dinobat naib juara sepanduk tercantik

Gabungan Sukarelawan YADIM Kapar dan muslimah Quran dinobat naib juara sepanduk tercantik

Sukarelawan Yadim Kapar (SAY Kapar) yang sentiasa bergerak secara kerjasama dengan lain-lain entiti istiqamah meneruskan inisiatif dengan bergabung bersama Gabungan Muslimah Al-Quran (GMO) dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Lebih manis lagi SAY KAPAR yang dipimpin oleh Puan Alifah binti Nasiran pengerusinya telah berjaya menjadi Naib Juara Sepanduk Tercantik dalam perarakan ini. Ini seolah-olah mengambil semangat YADIM yang menjuarai perarakan Maulidur Rasul kategori agensi Hal Ehwal Agama dan Yadim Sarawak yang menjadi Naib Juara.
Majlis yang dianjurkan oleh Masjid Ahmadi Kampung Rantau Panjang, Klang Selangor ini juga melibatkan perarakan, majlis tahnik, majlis berselawat dan persembahan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Muqwa, Jalan Musran Kampung Rantau Panjang Klang.
Selesai perarakan, alunan selawat Dibak’i telah dipersembahkan oleh Ustaz Fadzil daripada Surau Haji Ahmad 1.
Majlis Tahnik pula diadakan khas untuk 15 bayi terpilih yang lahir kurang dari 6 bulan.
Manakala persembahan qasidah telah dipersembahkan oleh kumpulan qasidah yang menggelarkan diri mereka sebagai Raudhatul Ashwaq dan digandingkan lagi dengan kumpulan qasidah cilik jemputan dari Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam-SRITI As-Syafie .
Slot tausiyah disampaikan pula oleh Al-Fadhil Ustaz Ghazalli Omar yang menceritakan tentang perihal Baginda Nabi, SAW.
“Biarpun kami sedikit tetapi kami siap siaga…biarpun ada cabaran tetapi kami yakin ada penyelesaian..itulah jati diri kami sejak bersama YADIM” ujar Puan Alifah Nasiran.
SAY Kapar sememangnya sentiasa berkerjasama dengan semua institusi dalam melaksanakan program-program yang seiring dengan visi dan misi YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *