Home » Citra Yadim » Hari ketiga YADIM di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2023

Hari ketiga YADIM di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2023

SEKITAR Hari ketiga YADIM di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2023.
Bersama delegasi Malaysia, YADIM berkunjung ke salah satu penerbit dan syarikat media penerbitan utama di Indonesia iaitu Kompas Gramedia Group pada 29 September.
YADIM bersama delegasi Malaysia yang lain menyaksikan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia ITBM menandatangani
Memorandum Persefahaman penerbitan bersama Kompas Gramedia Group
Ketika sesi pengenalan berlangsung, YADIM telah menyatakan beberapa hasrat untuk tujuan kerjasama bersama pihak Kompas Gramedia antaranya seperti kerjasama dalam pendigitalan buku-buku YADIM.
YADIM juga menjemput penglibatan pihak Gramedia untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu yang berkaitan.
Dalam reaksi balas, Gramedia yang diwakili oleh Presiden Pengarahnya, Wandi S. Brata, menyatakan kesediaan bekerjasama dengan badan dakwah ini.
Gramedia juga dijemput YADIM untuk datang ke Malaysia bagi berkongsi ilmu dan kemahiran dalam dunia penerbitan.
Badan dakwah ini pada masa yang sama menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam membeli dan menjual hak cipta bahan terbitan antara Gramedia dan YADIM
Pada sebelah petang, YADIM mendapatkan beberapa naskhah sebagai rujukan untuk kegunaan Bahagian Penerbitan kelak.
Ditubuh sejak 1970, Gramedia kini memiliki lebih 120 kedai buku di seluruh Indonesia.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *