Home » Langit Terbuka » Galak swasta bantu pusat tahfiz

Galak swasta bantu pusat tahfiz

Menurut Menteri Pelajaran, bidang matematik, sains dan teknologi, rekabentuk dan penguatkuasaan teknologi amat penting dikuasai oleh pelajar tahfiz juga - Foto Utusan Malaysia

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan menyeru pihak swasta untuk bersama dengan pusat tahfiz membawa kepelbagaian kemahiran termasuk pembangunan robotik.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, keperluan tersebut amat penting demi masa depan para pelajar yang belajar di situ.

Menurutnya, ini kerana bidang matematik, sains dan teknologi, rekabentuk dan penguatkuasaan teknologi amat penting dikuasai.

“Saya menggalakkan pihak swasta untuk bersama pusat tahfiz melengkapkan para pelajar dengan segala ilmu.

“Tujuannya adalah untuk memastikan para pelajar tahfiz tidak ketinggalan selain kemahiran itu juga merupakan persiapan mereka di alam pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Cabaran Inovatif Tun Fatimah di Dewan Bestari Sekolah Tun Fatimah (STF), di sini.

Pada pertandingan berkenaan, STF muncul juara keseluruhan.

Sementara itu, dalam ucapannya, Maszlee berkata, melalui aktiviti pengaturcaraan dan pembangunan robotik yang diadakan ini dapat memupuk nilai kasih sayang, optimis, dinamik dan berdaya saing tinggi di kalangan pelajar.

“Melalui bidang ini juga dapat melahirkan pelajar yang sangat teliti, mempunyai komitmen yang tinggi dan sikap sabar yang terpuji dalam menyelesaikan sesuatu masalah,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *