Home » Langit Terbuka » Penyeragaman undang undang Syariah hujung 2020

Penyeragaman undang undang Syariah hujung 2020

Sebahagian peserta yang menyertai konvensyen Nunji di Ayer Keroh

AYER KEROH – Kerajaan mensasarkan untuk menyeragamkan Enakmen Jenayah Syariah di seluruh negara menjelang hujung tahun hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf.

Menurutnya, road map untuk tujuan itu sudah dibentangkan beliau dalam Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam baru baru ini.

“Pada hujung 2020 kita ada sasaran untuk menyeragamkan semua Enakmen Jenayah Syariah seluruh negara.

“Apa rahmahnya, kita ada jenayah yang sama, tetapi hukuman berbeza beza, tiada keadilan,”kata beliau dalam ucaptama bertajuk  ‘Gagasan Rahmatan Lil Alamin Dalam Malaysia Baru’ di Konvensyen Nunji 2019 di sini hari ini (20 Julai).

Selain Mujahid, ia turut dihadiri oleh beberapa lagi tokoh iluwan Islam seperti Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Profesor Dr.Taufik Yap Yun Hin, pendakwah muda Ustaz Ahmad Fauwaz Dato’ Fadzil Noor serta Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Ustaz Dr. Muhamad Rozaimi Ramle.

Dianggarkan seramai 1,350 peserta menghadiri majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka itu.

Sementara itu, Mujahid mengulangi penegasan bahawa kerajaan akan sentiasa memelihara keutuhan Islam di negara ini.

Beliau memberikan contoh, tentang kejayaan pihaknya di Parlimen baru baru ini dalam isu Rang Undang Undang Akta Profesion Guaman Syarie 2019.

“Bila kerajaan bentang, kita dapat sokongan besar di Parlimen, malah rakan bukan Islam dalam kerajaan juga setuju, tiada siapa bangkang,” jelasnya.

Sementara itu Muhamad Rozaimi dalam sesi forumnya bertajuk ‘Wacana Islam Dan Melayu Era Malaysia Baharu’ berkata, penjelasan mengenai Maqasid Syariah kepada orang ramai perlu dilakukan dalam bahasa yang paling mudah, agar ia lebih mudah difahami ramai.

Menurutnya, orang ramai dari golongan marhaen akan mengalami kesukaran memahami kelebihan, keindahan dan nikmat maqasid itu sekiranya penerangan mengenainya dilakukan dengan cara yang terlalu kompleks.

Sedangkan katanya, ia adalah usaha kerajaan yang cukup baik dalam menyebarkan rahmah kepada orang ramai.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *