Home » Langit Terbuka » Gempa 2.5 magnitud landa Madinah

Gempa 2.5 magnitud landa Madinah

Gambar satelit Kota Madinah. https://www.arabnews.com/

MADINAH 17 Jan. – Satu gempa bumi lemah berukuran 2.5 magnitud menggegarkan sebahagian kawasan kediaman di barat Madinah, semalam.

Jurutera Persatuan Geologi Arab Saudi, Hani Zahran, berkata pusat gempa direkodkan di 14 kilometer dari barat daya Madinah pada kedalaman 7 kilometer.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Kolonel Khalid Al-Johani, berkata pihaknya menerima laporan gegaran di kawasan kediaman di barat Madinah jam 3 petang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Perlindungan Alam Sekitar dan Meteorologi, Tariq Aba Al-Khail berkata, gegaran itu sangat lemah dan tidak berbahaya, sekali gus tidak mendatangkan sebarang kerosakan.

“Gegaran kecil seperti ini adalah perkara biasa di Arab Saudi,” katanya.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam, Brigedier Jeneral Abdulrahman Al-Harbi turut mengarahkan pakar pertahanan awam dan Jabatan Kajian Geologi Arab Saudi untuk mengeluarkan laporan berkaitan. – Agensi

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *