Home » Citra Yadim » Gotong royong memasak dan mengagihkan makanan untuk mangsa banjir Paya Besar

Gotong royong memasak dan mengagihkan makanan untuk mangsa banjir Paya Besar

PAYA BESAR – Di kawasan ini, ada mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ada pula yang berpindah ke rumah ahli keluarga dan ada juga yang bertahan di rumah atau kawasan tinggi sekitar rumah masing-masing. 

Berusaha menyantuni mereka yang terlibat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dengan kerjasama Masjid Al-Bukhari Nurul Aman, Taman Mahkota Aman, Khidmat Malaysia Paya Besar dan Jabatan Amal Malaysia Cawangan Paya Besar telah bergotong-royong memasak, membungkus dan mengagihkan 300 pek makan malam dan minuman kepada warga Paya Besar yang menjadi mangsa banjir pada 21 Disember.

Agihan dijalankan di beberapa kawasan perumahan yang masih belum surut airnya, khemah sukarelawan dan pusat pemindahan banjir berdekatan.

 

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *