Home » Citra Yadim » YADIM Pahang santuni frontliners bantu mangsa banjir Felda Bukit Sagu

YADIM Pahang santuni frontliners bantu mangsa banjir Felda Bukit Sagu

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang telah  dihubungi oleh warga Felda Bukit Sagu, yang memaklumkan operasi memindahkan warga penduduk dan pekerja Felda Bukit Sagu 7 yang terputus disebabkan air yang melimpah laluan ke kawasan perumahan kediaman mereka masih berjalan. 

Warga Felda tersebut diangkut menggunakan bot dan kemudian dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara terdekat dengan bas.

YADIM Pahang dan sukarelawan pada 21 Disember telah turun padang turun ke lokasi operasi tersebut dan  menyampaikan sumbangan 20 karton air kotak dan 64 bungkus roti kepada para frontliner, sukarelawan serta mangsa banjir yang ditemui di tapak khemah operasi. 

Rombongan YADIM juga bertemu Timbalan Menteri Kewangan 1, Yang Berhormat Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, yang turut meninjau operasi tersebut.

Semoga semuanya selamat, tabah dan diberikan kekuatan dalam menghadapi musibah yang menimpa.

 

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *