Home » Langit Terbuka » Graduan perlu cipta peluang kerja, bukan hanya cari kerja

Graduan perlu cipta peluang kerja, bukan hanya cari kerja

Graduan-graduan di Malaysia harus menjadi golongan yang keluar daripada universiti bukan mencari pekerjaan. Mereka harus mencipta pekerjaan, tegas Menteri Hal Ehwal Ekonomi

KUALA LUMPUR – Graduan perlu mengambil peranan dalam memajukan ekonomi negara dengan mencipta peluang pekerjaan mereka sendiri, khususnya dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menekankan kepentingan perkara ini ketika ditemubual dalam program Bicara Khas di saluran RTM pada Rabu.

Katanya, rantaian ekosistem untuk menaikkan nilai PKS perlu berpaksikan modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga terlatih dalam bidang masing-masing.

“Graduan-graduan di Malaysia ini harus menjadi graduan yang keluar daripada universiti bukan mencari pekerjaan. Mereka harus mencipta pekerjaan,” katanya sambil berkongsi pengalamannya di dua institusi pendidikan tinggi di Selangor.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), graduan dibekalkan dengan kemahiran melalui latihan strategik yang dijalin dengan pemain-pemain utama industri. – Awani

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *