Home » Langit Terbuka » Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia

Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia

Menurut kumpulan pendidikan dari Penilaian Pendidikan Antarabangsa Universiti Cambridge yang menjalankan bancian itu, sebanyak 70 peratus guru di negara ini merasakan tugas mendidik mempunyai ganjaran tersendiri - Foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Bancian Pendidikan Global yang pertama kali diadakan mendapati guru di negara ini paling menyukai pekerjaan mereka dan antara golongan pendidik di dunia paling berdedikasi bagi memastikan pelajar mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Kumpulan pendidikan dari Penilaian Pendidikan Antarabangsa Universiti Cambridge yang menjalankan bancian itu berkata, sebanyak 70 peratus guru di negara ini merasakan tugas mendidik mempunyai ganjaran tersendiri.

“Bancian juga mendapati sebanyak tiga daripada empat guru di Malaysia mengadakan kelas tambahan untuk membantu murid mereka mencapai keputusan peperiksaan yang baik.

“Keputusan peperiksaan dicapai oleh murid-murid di Malaysia juga yang paling tinggi dicapai antara negara-negara terlibat dalam bancian ini,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan seperti dilaporkan akhbar The Star.

Bancian itu melihat keadaan persekolahan pelajar berumur antara 12 hingga 19 tahun dan guru di 10 negara termasuk Argentina, China, India, Indonesia, Pakistan, Sepanyol, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Sebanyak 477 pelajar dan 634 guru di negara ini terlibat dalam bancian tersebut. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *